Sunday 21 September 2014

CLIXSENSE.. MENJANA PENDAPATAN MELALUI INTERNET... [url=http://www.clixsense.com/?6724251][img]http://csstatic.com/banners/clixsense_gpt300x250a.png[/img][/url]

Thursday 18 September 2014

CLICXSENSE....

APA ITU CLIXSENSE???



Program yang dicipta khas untuk menjana pendapatan melalui internet. Untuk mengetahui tentang apa itu CLIXSENSE anda boleh klik pada sidebar di sebelah kanan blog ini atau klik
 http://www.clixsense.com/?6724251



Semoga kita bersama-sama dapat menjana pendapatan melalui internet..

http://www.clixsense.com/?6724251


Sunday 29 December 2013

Kisah Rakyat dan Pemimpin

Sedih, pilu dan sebak apabila membaca status FB Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman..

Kisah dari kawan "Ada seorang Pak cik beli roti satu, teh gula dan beberapa benda lain. Puas dia korek wallet dia masa nak bayar. Kesian sungguh tengok. Jauh sangat kaunter saya dengan kaunter dia, kalau nak pergi tolong pun (alasan). Last2 sampai dia tolak tepi 2 barang tak jadi ambil. Sedih sangat tengok.. Orang lain pun tengok je. May be nak tolong tapi risau "aku pun belum tentu cukup ke tak ni".

Ini adalah sebahagian orang desa yang tak cukup duit nak bayar makanan asasi di kaunter kedai runcit. Tunduk je malu. Mereka tidak merungut dan bukan TIDAK BERSYUKUR walau mungkin sebahagiannya ada yang rungut & tak syukuri TETAPI SUKAR untuk kita pukul rata. AMAT BAIK jika pemimpin dan pembuat dasar dapat habiskan masa ziarah kedai-kedai runcit dan tengok buku hutang masyarakat. Insha Allah, akan dikasihi rakyat.


     Antara bait-bait ayat yang dipetik dari status FB beliau. Inilah realiti kehidupan yang berlaku kini sama ada warga di kota mahu pun di desa. Masing-masing mempunyai masalah perbelanjaan kesan daripada kenaikan barangan dan kos hidup. Tidakkah pemimpin terbuka hati dan minda mereka untuk menyelami keperitan yang dialami oleh golongan-golongan seperti ini?
     Jika kita lihat kemenangan semasa pilihanraya kerajaan yang memerintah sekarang ini adalah kerana undian dari golongan yang majoritinya dari kawasan kampung. Golongan ini yang mengharapkan hidup mereka lebih  terbela dengan alasan kerana adanya  kerajaan yang telah  memerintah dari dulu sehingga  kini.Tetapi, apakah balasan yang mereka terima? Kenaikan harga barang, GST iaitu cukai terhadap barangan dan perkhidmatan, kenaikan tarif elektrik , dan pelbagai lagi kenaikan dan kenaikan dan kenaikan...
    Alangkah malangnya kerana mereka ini telah dianiyai oleh golongan yang disangkakan dapat membela nasib mereka. Tidakkah sekelumit pun ada rasa simpati dan kasihan terhadap keperitan hidup yang ditanggung oleh sebahagian besar rakyat di negara ini?  Apakah maknanya pemimpin jika tidak dapat membantu dan mengorbankan kepentingan mereka untuk rakyat? Kini, mereka pula mempersoalkan apakah sumbangan rakyat terhadap negara atau kerajaan. Mereka dilantik sebagai pemimpin kerana diberi kepercayaan untuk menyumbangkan usaha dan tenaga bukan untuk mengerah keringat rakyat bagi menanggung segala kos negara.
    Kadang-kadang terfikir, apakah kesudahannya jika kita masih mempunyai pemimpin sebegini. Benar kata Ustaz Zaharuddin, amat baik sekiranya pemimpin yang ada ini dapat turun melihat sendiri keperitan yang dihadapi rakyat. Rasai dan selami sendiri kepayahan mereka barulah anda layak untuk diangkat sebagai pemimpin negara.

Sunday 15 December 2013

Persiapan Menjelang 2014

2014 bakal menjelang tidak berapa lama lagi. Segala persiapan perlu dibuat terutamanya yang melibatkan persekolahan anak-anak. Inilah yang sering membimbangkan kebanyakan ibu bapa kini. Dengan kenaikan harga beberapa barangan kini menyebabkan kebanyakan daripada kita terpaksa mengambil langkah berjimat cermat semasa berbelanja. 
Namun langkah penjimatan yang dilakukan oleh kebanyakan kita masih dirasakan begitu membebankan sehingga sebahagian besar keperluan anak-anak terpaksa dikorbankan. Bayangkanlah dengan wang sebanyak RM1000.00 masih tidak dapat membeli sepenuhnya keperluan bagi 3 orang anak. Itu baru keperluan pakaian dan peralatan menulis belum lagi dengan bayaran yuran dan segala macam apabila memulakan persekolahan 2014. 
Kadang-kala terfikir pula. bagaimanakah dengan golongan yang berpendapatan rendah di kawasan bandar yang mempunyai kos hidup yang terlalu tinggi? Jika dahulu kita membawa RM 50.00 ke kedai runcit banyak barangan yang boleh kita beli tetapi kini...Terkadang sehabis daya telah diusahakan untuk berjimat tetapi masih tidak mencukupi. Adakah wajar dengan slogan berjimat lagi jika pendapatan yang diterima masih tidak seimbang dengan kos hidup yang terpaksa ditanggung? Mari kita sama-sama memikirkan masalah ini... 

24 November 2 Tahun Sudah....

Tanggal 23 November 2013 lepas, genaplah anakku yang keenam mencapai usia 2 tahun. Nur Afiqah Az Zahra begitulah nama yang telah diberikan. Cukup pandai berposing di hadapan kamera, itulah kegemarannya. Anak yang cukup manja serta sering mahukan perhatian daripada ibu dan ayahnya. Namun, begitu gemar berdikari dalam melakukan sesuatu aktiviti. Jarang sekali meragam dan pandai membawa diri, namun apabila sampai tahap kesabarannya dicabar amat payah hendak dipujuk. Harapan ibu agar anak ibu ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah  dan berjaya di dunia dan akhirat...amiin..